Sunday, January 18, 2009

Balik Kampong

Saya balik ke Kg telekong pada Jumaat 16hb Jan 2009. Sebenarnya saya balik sebab ada tugas resmi di USM Kubang Kerian pada hari Sabtu 17hb Jan 2009 (interview calon pelajar baru untuk kemasukan 2009/2010 ke USM - ada jenis kemasukkan yang kena interview). Di Kg, saya jumpa saing-saing lama seperti Che Hassan Pak Chu Mahmood, Fatah Paksu Hassan, Seli Sinar, Rahim Pak Mejah dan ramai lagi. Tempat tumpuan di Kg Telekong sekarang ni ialah kedai Kak Yah (tepi sungai dekat gertak nak gi dlm Kg - dekat rumah mulah Hj Mat). Seronok juga jumpa saing-saing se kampong, borak-borak dan tanya khabar. Saya harap ada antara anak-anak Kg Telekong yang terbaca blog saya ni, boleh join sekali untuk tukar-tukar fikiran dan pengalaman.

Thursday, January 8, 2009

My Kg Telekong

These are postings that I've axtracted from "Great Telekong" site. I wish to know the writer of "Great Telekong" because what he/she had written really helping me know better about my kampong's history. I would also like to invite anak telekong (people from kg telekong 18000 kuala krai kelantan - wherever u are) to join me here in this blog... to share anything and everything. (regards - dr pyan)



Postings from "Great Telekong".

Great Telekong Part 1
Telekong, satu nama yang sinonim dengan wanita Islam ia-itu sejenis pakaian yang digunakan oleh wanita Islam bagi menutup tubuh badan semasa melakukan ibadat sembahyang. Satu akronim lagi bagi Telekong ialah merupakan nama satu kampung dan satu mukim yang terletak di daerah Kuala Krai, negeri kelantan, Malaysia.Kampung Telekong berada dalam Mukim Telekong, daerah Kuala Krai. Kampung ini menjadi sempadan antara daerah Kuala Krai/Machang. Sejarah kewujudan sebenar kampung ini belum dapat ditemui rekodnya. Bagaimana pun semasa peristiwa kebangkitan pahlawan Kelantan ia-itu Haji Mat Hasan bin Panglima Munas (Tok Janggut) menentang Inggeris, nama kampung Telekong ini tercatat dalam surat telegeraf seorang pegawai Inggeris yang berpejabat di Kuala Krai yang menceritakan detik-detik perjalanannya melarikan diri ke Kota Bharu melalui kampung Telekong ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1915. Sementara itu terdapat metos mengenai penjenamaan kampung ini. Diriwayatkan sekumpulan sahabat telah membuat jerat rusa di satu tempat. Besoknya mereka datang ke tempat jerat itu dan mendapati jerat mereka mengena seekor rusa. Jerat itu betul-betul menjerut leher rusa di bahagian khalkumnya. Oleh kerana tempat itu belum diketahui namanya maka mulai saat itu ia dinamakan Telekong yang berasaskan kisah jerat tadi. Sedikit perbezaan bunyi antara Khalkum dengan dengan Telekong. Ini dikaitkan dengan pelat kelantan yang sukar menyebut perkataan khalkum, lalu diubah sebutannya menjadi Telekong. Dan nama itu terus kekal digunakan sehingga kini.

My Great Telekong-Part 2
Telekong sebenarnya merupakan gugusan beberapa kampung kecil di dalamnya ia-itu Kampung Petanding, Kampung Patak, Kampung Dalam Kelab, Kampung Dalam Huma, Kampung Bunut Payung, Kampung Becah Kecik, Kampung Becah Besar, Berek Hijau, kampung Hulu Geh dan Kampung Dalam Kerawat. Komponen kampung-kampung kecil ini membentuk Kampung Telekong. Nama-nama kampung kecil ini tidak dikenali di luar kawasan kampung ini, melainkan disebut Telekong, barulah semua pihak tahu dimana ia terletak.
Daripada nama kampung-kampung komponen ini, dua kampung mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Dua nama tersebut ia-lah Kampung Dalam Kelab dan Kampung Dalam Kerawat. Bagi generasi yang lahir selepas tahun 1960 kemungkinan besar tidak tahu bagaimana dua buah kampung ini mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Kampung Dalam Kelab ini berada paling belakang sekali ia-itu di kawasan kaki bukit (apa nama bukit itu? Kalau tidak salah ingatan penulis ia-lah Bukit Kechik). Diriwayatkan sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu, sekumpulan etnik Cina membuat penempatan di kawasan kaki bukit ini. Penulis tidak tahu apa aktiviti mereka tetapi mungkin bekerja sebagai pembalak. Oleh kerana tradisi etnik Cina bila berada dimana-mana pun mereka suka menubuhkan kumpulan atau persatuan atau kelab masing-masing atas pelbagai tujuan yang hanya mereka sahaja ketahui. Oleh kerana penempatan mereka itu belum ada nama, maka penduduk kampung sekitarnya menamakan kampung Cina itu sebagai Kampung Dalam kelab. Dan nama itu terus kekal hingga sekarang walau pun etnik Cina telah pun tiada dan kesan mereka pun telah hilang samasekali.
Bila sebenarnya etnik Cina ini meninggalkan Kampung Dalam Kelab ini tidaklah diketahui tetapi penulis percaya mereka keluar daripada kawasan ini semasa kekalahan tentera Jepun kepada British. Ini berikutan dengan kekalahan Jepun itu, kumpulan Bintang Tiga atau pun komunis mula muncul dikawasan pendalaman Kampung Telekong ini. Bagi membendung kegiatan komunis ini, kerajaan British telah mengambil tindakan memindahkan semua penduduk kampung seperti Kampung Patak, Dalam Kelab dan Petanding ke Kampung Dalam Kerawat. Di sekeliling kampung ini dipasang pagar dawai duri (kerawat) setinggi sepuluh kaki dan jarak antara satu dawai ia-lah enam inci. Tiangnya diperbuat daripada konkrit. Kampung Dalam Kerawat ini hanya mempunyai dua pintu keluar masuk yang dikawal oleh pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Home-guard dan SC (special constable?).

Daripada ingatan penulis, ada tiga keluarga Cina yang dibawa tinggal dalam Kampung Dalam Kerawat ini. Salah seorang namanya ia-lah Mek Chong atau pun Mee Chong dan seorang lagi dipanggil Baba. Rumah Mek Chong ini ia-lah rumah kedai Allahyarham Zakaria ia-itu dikawasan mula-mula masuk kampung, sebelah kanan. Sebelum Zakaria menduduki rumah ini, ianya merupakan podok Polis yang pertama. Sebelum dijadikan pondok Polis, rumah ini dihuni oleh Cik Nikdah yang mengambilalih daripada Mek Chong.
Manakala Baba pula membena rumah yang semuanya dibuat daripada zing daripada bumbung hinggalah kepada dindingnya, di tepi jalan raya. Selepas baba tiada, tanah tapak rumah itu dibeli oleh seorang bernama Nik Kob. Baba ini memiliki sedikit ilmu perubatan moden dan boleh memberi rawatan seperti suntikan atau pil kepada pesakit. Dia bercermin mata tebal dan suka bertopi. Tahun-tahun awal 1960han, tiga keluarga Cina ini masih ada di kampung ini. Penulis tidak ingat bila mereka ini semua berhijrah keluar.
Pada masa ini, setahu penulis, ada satu keluarga Cina masih kekal tinggal di kampung ini ia-itu dipanggil dengan nama Ah Hong oleh orang ramai. Tidak diketahui samada ada Ah Hong ini ada hubungan keturunan dengan Mek Chong atau sebaliknya. Harap ada sesiapa yang berminat menemuramah asal usul si Ah Hong ini.
Selain tiga keluarga Cina yang tinggal di Dalam Kerawat, ada satu keluarga lagi yang tinggal di Kampung Che Wal. Nama ketua keluarga itu ia-lah Pak Sun. Dia pandai bersilat bahkan mengajar silat kepada budak-budak kampung. Penulis tidak pasti samada keluarga ini masih lagi bermastautin disitu. Terdapat satu orang etnik Cina lagi tinggal disebuah kebun getah berhadapan dengan rumah Haji Musa Mesin Padi. Kalau tidak salah ingatan penulis, dia dipanggil Tok Apek yang kerjanya menjaga rumah asap. Dia ini akhirnya memeluk ugama Islam hasil usaha Allahyarham Pak Mat Bukit dan menikah dengan Makcik Bidah. Pasangan ini tinggal ditepi jalan masuk Kampung Che Wal.

Pada asasnya Kampung Dalam Kelab dan Kampung Dalam Kerawat ini ada hubungkaitnya. ia juga berkait rapat dengan gerakan komunis.

My Great Telekong-Part 3
Seperti dinyatakan terdahulu, nama Kampung Telekong ada dicatatkan dalam surat seorang pegawai koloni Inggeris semasa krisis Tok Janggut. Dibawah ini ia-lah salinan surat tersebut yang di rujuk daripada buku Tok Janggut Pejuang Atau Penderhaka? karya Profesor Nik Annuar Mahmud, UKM.Surat T.S Adam, District Officer of Ulu Kelantan Kepada W.Langham- bertarikh 5hb Mei 1915, berkenaan persiapan menghadapi kebangkitan Tok Janggut.Sir,I have the hohour to repot on the action taken by me in matter of the outbreak in Pasir Putih.On receipt of the information on Friday Isent for To'Kweng to send three persons (employed by me to supply information) in the direction of Pasir Putih via Seligi pass - I had previously received some details of the outbreak from two of those men.On Monday evening about 7 pm one of these men returned and reported that he had 17 men, armed with two guns and kris and spears learnt that they propose to attack Kuala Krai, that they had a following estimated about 200 men and that they were trying to obtain further recruits in Kemuning and Panyit.
After few minutes later I recieved your telegram directing me to retire on Kuala Pahi.I then telegraphed to you that I proposed to anticipate the attack by proceeding to Panyit and on receiving your telegram aloowing me to use my discretion I completed arrangment previously made.Mr Haugton and Templer had offer me their assistance and the voluntary assistance of any Banjarese and Javanese labourers who might be willing to come. I there for directed them to bring about a dozen men and to meet me at the Public Works Bunglow at Sungai Nal.Mr Green and Mr Belton of Kuala Pergau offer their services witch I accepted.I left at 8.50 am with a force of 21 police including three of the D.D.C.L watchmen and four European including Mr Crawfurd and reach The Nal Bungalow at 11 pm. This being suitable place at which to attack any malays, who might be coming upstream.At about 1.20 am Mr Haughton, Mr Templer and Mr Stephens with 21 Banjarese and other labourers armed with long parangs arrived and at 2 am we began to march down the road with and advance guard of four men. I had previously warned Pasir Gajah and Kuala Pertang in the event any rebels advancing via Telekong.At 4 am the advance guard reported a few Malays at about 33 1/2 miles (kawasan sekitarBerek Hijau-P) - It was so dark to see their numbers or wether they were armed but I am personally of opinion that there were 6 men - some state 10 men.They fled at once on seeing us and they may have been persons returning from or going to an all night wedding, wich was progress in Telekong. I did not order the men to fire.At dawn I reached the padi fields outside Kampung Pek and gave the men rest in a position protected on three sides by water and bank. Five men were sent to Kampung and from information obtained I dicided to rush a building, to witch it was states that 13 men had come from Pasir Putih........Jika ingin mendapatkan sepenuhnya kandungan surat itu dan juga dokumen-dokumen lain, serta lapuran penuh dan gambar-gambar berkaitan Perang Tok janggut, sila dapatkan buku berkenaan yang boleh dibeli di Perbadanan Muzeum Negeri Kelantan, berhanpiran Pejabat Pos Kota Bharu dengan harga RM25.00


Great Telekong Part 4
Setiap insan perlukan ilmu untuk mempertingkatkan taraf kehidupannya. Tanpa ilmu , sesiapa juga akan tertinggal dibelakang dan menjadi habuan orang yang lebih berilmu.
Di Telekong, seawal tahun 1929 telah pun wujud sebuah institusi pendidikan ia-itu Sekolah Kebangsaan Telekong, bermula sebagai sekolah rakyat. Tidak lah diketahui siapakah atau pihak manakah warga Telekong yang mengusahakan kewujudan sekolah ini. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.

Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. (Penulis juga tidak ada maklumat mengenai pemilik tanah yang telah menderma tanah mereka untuk tujuan yang amat mulia ini. Semoga Allah menganugerah rahmatNya keatas mereka). Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini. Kedua-dua bagunan ini diperbuat daripada kayu dengan beratap nipah dan lantai tanah. Manakala dindingnya hanya setinggi enam kaki sahaja. Bahagian atas dinding itu hingga ke atas dibiarkan kosong tanpa dinding.
Pada tahun 1965, sekolah ini mula mendapat pembaharuan dengan pembinaan sebuah bangunan konkrit setingkat dan sebuah kantin. Seingat penulis, ada sebatang pokok rambutan di dalam kawasan sekolah ini ia-itu berhampiran pintu keluar/masuk. Apabila musim buah rambutan ini masak, murid-murid lelaki akan berusahaa memetik buahnya dengan pelbagai cara tetapi pastinya bukan dengan memanjatnya! Kulit buah rambutan ini digunakan sebagai alat untuk 'berperang' sesama sendiri pada waktu rehat. Habis kotor baju masing-masing akibat kena baling dengan kulit rambutan ini.Sebelum ada bangunan kantin, perkhidmatan menyediakan makanan untuk murid-murid ada disediakan secara persendirian oleh Maksu Mek Nab ia-itu isteri kepada Paksu Jusoh-anak kepada Tok Maksah, yang mana rumah beliau berada dihadapan sekolah, sekarang ini menjadi kawasan kuaters guru. Antara menu yang istimewa yang dijual oleh Maksu Meknab ia-lah roti bubuh kuah gulai dan juga 'jemput udang'. Harganya sepuluh sen sebiji.Lazimnya apabila tamat darjah enam, semua murid-murid tidak menyambung pelajaran mereka kerana memang tiada peluang. Hanya setakat itulah sahaja peluang yang ada. Namun demikian mulai awal tahun 1960han, kerajaan ada menyediakan sistem pelajaran baru ia-itu dinamakan sekoalah khas Melayu atau Special Malay Class bagi menyediakan tempat kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu. Sekolah ini hanya sebuah sahaja ia-itu di Kuala Krai, di Sekolah Menengah Yahya Petra. Ada beberapa pelajar dari Telekong yang cuba memasukki sekolah ini tetapi hanya untuk tempuh beberapa bulan sahaja yang kemudiannya berhenti.Bagaimana pun sorang pelajar yang merupakan orang pertama dari Kampung Telekong dan murid pertama lepasan Sekolah Kebangsaan Telekong yang berjaya meneruskan pelajarannya hingga ke peringkat Lower Certificate of Education (LCE) dan seterusnya MCE ialah Abdul Rahman bin Omar atau dikenali sebagai Chik Berahim. Pada peringkat menengah rendah dan menengah, beliau telah ditempatkan di sekolah elit ia-itu Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu. Beliaulah satu-satunya anak watan kampung ini yang berjaya memecahkan benteng budaya lama yang hanya belajar setakat darjah enam dan kemudiannya bila berumur empat atau lima belas tahun, akan dikahwinkan.Pada tahun 1965, Kementerian Pelajaran di bawah Encik Khir Johari telah memperkenalkan sistem pendidikan baru yang dikenali sebagai 'Aneka Jurusan'. Melalui sistem ini semua murid lepasan sekolah rendah boleh meneruskan pelajaran mereka ke tingkatan satu secara otomatik tanpa penilaian apa-apa peperiksaan. Pelajar-pelajar daripada beberapa kampung bermula dari kampung Keroh, Telekong, Bunut, Kg Pek, Batu 30, Panyit, Pangkal Jeneris, Temangan, Pangkal Petai dan sekitarnya ditempatkan di Sekolah Menengah Kampung Pek yang ditumpangkan sementara di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Batu 30.Dari Kampung Telekong, sekumpulan kira-kira 15 pelajar menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah Kampung Pek. Antara mereka yang penulis masih ingat ia-lah:Ramli bin Jusoh (Paksu Jusoh) - TelekongNordin bin Jusoh (Pakda Soh) - TelekongMuhamad (Che Din) bin Shafei (Paksu Sepe'i)- Dalam HumaArifin bin Awang Nor - Dalam HumaNik Mat Hatta - Che WalWahi - Che WalIsmail bin Rejab (Pok Jab) - Che WalRamlah binti Yaakob - TelekongRohani binti Mahmud - Dalam KerawatOmar bin Muhamad -Dalam KerawatMereka inilah generasi kedua atau sebenarnya pemecah tembok minda penduduk kampung yang mula mempercayai bahawa ilmu itu amat penting dibekalkan kepada anak-anak mereka. Kumpulan ini juga merupakan generasi pertama pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kemudiannya.Selepas mengharungi peperiksaan SRP, beberapa orang daripada mereka telah kandas. Yang berjaya meneruskan pelajaran ke tingkatan empat ia-lah Ramli, Nordin, Ismail, Muhamad, Wahi, Omar, Ramlah dan Rohani sahaja. Yang betul-betul daripada kampung Telekong ini ia-lah enam orang sahaja ia-itu Nordin, Ramli, Omar, Ramlah Rohani dan Muhamad. Merekalah ikon pertama di kampung ini dan mendapat penghormatan yang tinggi daripada masyarakat. Semua mereka menyambung pelajaran di tingkatan empat dengan menumpang di Hamzah English School, Machang. Mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (kumpulan pelajar pertama di Malaysia) pada tahun 1969. Daripada lapan pelajar, seorang mendapat pangkat satu manakala selebihnya pangkat tiga. Ismail Rejab mendapat pangkat satu dan meneruskan pengajiannya di Institut Teknolgi Mara (ITM), manakala yang lain-lain membawa haluan masing-masing. Ramli mendapat kerja di Felcra. Beberapa tahun kemudian beliau berhenti dan menjadi kontraktor. Nordin juga berkhidmat dengan Felcra sebagai Pengurus ladang. Muhamad berhijrah ke Kuala Lumpur. Ramlah dan Rohani tidaklah diketahui kerjaya kedua mereka. Manakala Ismail pula terus menetap di Kuala Lumpr selepas belajar di ITM.Selepas kejayaan kumpulan pertama ini, semua penduduk kampung telah berubah minda mereka dengan terus menghantar anak-anak mereka belajar setinggi mana yang termampu. Sehingga tahun 2007 ini tidaklah penulis ketahui berapa ramai daripada anak watan kampung ini yang berjaya mendapat ijazah pertama, master dan Phd. Apa yang penulis ingat ia-lah orang pertama yang berjaya belajar di IPTA ia-lah Nor Zahimah binti Muhamad. Beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1985 dan sekarang ini bertugas di Sekolah Menengah Keroh.Berbalik kepada profil Sekolah Kebangsaan Telekong, setakat ingatan penulis, guru besar yang pernah bertugas ia-lah Cikgu Ibrahim (Rambut Belah Tengah) di ikuti oleh Cikgu Nik Wan. Manakala gurunya pula yang penulis masih ingat ia-lah Cikgu Abdullah (Pasir Putih) Cikgu Salleh dari Pulau Pinang (Cikgu mata pelajaran Bahasa Inggeris yang pertama mengajar di sekolah ini dan yang pertama dari luar negeri Kelantan), Cikgu Raja Muhamad (Mat Raja), Cikgu Nor dan dua orang yang penulis lupa namanya tetapi seorang darinya mempunyai motosikan Norton dan seorang lagi mempunyai motosikal jenis BSA dan tinggal menyea di Dalam Kerawat.Seiring dengan peredaran masa, sekolah ini juga mengalami perubahan fizikal yang besar dengan mendapat pelbagai kemudahan.Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Diharap kepada para pelawat yang mempunyai maklumat mengenai anak Telekong yang berjaya dalam pendidikan dapat menambah maklumat tersebut. Sila rujuk maklumat di bahagian Topik Website diatas.


Great Telekong part 5
Pada post kali ini saya akan cuba mengingati susun atur rumah-rumah yang terdapat di Kampung Petanding, Dalam Kelab, Ulu Geh dan Che Wal, sekitar tahun 1970 ia-itu tahun terakhir saya bermastautin di Telekong. Saya percaya saya tidak berupaya mengingati seratus peratus namun akan cuba menggapai sedaya mungkin. Saya mampu mengingati lokasi setiap rumah tetapi tidak mampu mengingati nama semua pemilik rumah berkenaan.Bagi Kampung Dalam Kelab, tidak sampai 10 buah rumah sebenarnya. Ia didahului dengan rumah Haji Bakar, yang memiliki kebun getah yang agak luas. Anaknya bernama Abdullah dan Ustaz Mat. Sebuah rumah lagi dimiliki oleh seorang Haji yang berasal dari Ketereh juga rakan kepada Haji Bakar. Saya lupa namanya. Diikuti dengan rumah Haji Junus yang kemudiannya bernikah dengan Haji Mek Yam (balu kepada Tok Lembek) ia-itu emak kepada Tok Imam Saleh (Poknik Leh). Satu keluarga lagi yang mendiami kawasan ini ia-lah Ismail. Ismail ini mempunyai seorang isteri yang mencatatkan sejarah sedih dimana dia mengakhiri hidupnya dengan tangannya sendiri. Diikuti dengan rumah Mak Nab.
Di seberang bendang padinya terdapat sebuah rumah yang didiami oleh Tok Amoh dan isterinya Mek Wok. Tok Amoh ada seorang anak lelaki bernama Muhamad. Sekitar tahun 1969, rumah beliau hangus terbakar sama sekali.Arah keluar dari Dalam Kelab terdapat dua buah rumah lagi ia-itu rumah Husin Esah. Setentang dengan rumah ini, ada satu lagi rumah yang dimilikki oleh Paktengah Ibrahim Cik Mek. Beliau ada beberapa anak ia-itu Mat Tahir - yang bernikah dengan Aminah anak Muhamad Bachok, Mat Zahari yang menikah dengan Munah dan beberapa anak perempuan yang saya tidak dapat mengingati nama mereka. Tercorot sedikit terdapat pula sebuah rumah yang dimiliki oleh Paksu Lah Maksu Setawa. Mereka ini ada beberapa orang anak ia-itu Raidi, Peli (Karim), Aripin dan yang perempuan bernama Sirah. Terdapat juga sebuah rumah berhampiran, yang didiami oleh adik kepada Maksu Setawa ia-itu Mek Som. Suami Meksom bernama mamat. Mereka ada seorang anak perempuan bernama Robiah.Kearah keluar lagi dari Dalam Kelab ini ada dua rumah, yang pertama kepunyaan Mariam Cik Mud. Mereka ini ada dua anak lelaki ia-itu Umar dan Ismail. Sebelah rumah ini ia-lah rumah Tok Pak Lah Bageh ia-itu di depan tanah perkuburan.Manakala di Kampung Petanding pula, bermula dari tanah perkuburan ia-lah rumah Hamzah (Mejah Muye). Di depan rumah ini ia-lah rumah Tok Bidah Tok Diro. Tok bidah ada dua anak lelaki ia-itu Ibrahim (gagap) dan Bedollah. Disebelahnya ia-lah rumah Azizah, anak kepada Mejah Muye. Di sebelah rumah Mejah ialah rumah Pak Da Soh Cik Som. Mereka ini ada lima anak ia-itu Chik Min, Muhamad Nor, Nordin, Nawi dan Suzuki. Disebelah rumah Pak Da Soh ia-lah rumah anaknya ia-itu Muhamad Nor Mek Zah. Mereka ini ada beberapa anak antaranya ia-lah Zaharudin, Zaimah dan lain-lain yang tidak dapat diingati.Selari dengan rumah itu ia-lah rumah Makngah Wok Pakngah Umar. Mereka ini ada dua anak ia-itu Che Brahim (Abd Rahman) dan Maksu Timah. Maksu Timah ini ialah isteri kedua kepada Ismail Munah. Diikuti dengan rumah Maksu Timah dan Tok Lebai Nor (Tok Lebai Nor adalah anak kepada Tok Haji Mek Yam Haji Junuh Dalam Kelab) Tok Lebai Nor tidak lama tinggal dirumah ini apabila beliau berpisah dengan isterinya, rumah ini dijual kepada Mat Nor Lembek. Selepas itu terdapat pula rumah Bidah Pok Chek. (Bidah ada beberapa anak diantaranya ia-lah Saupi). Sebelum Bidah menduduki rumah ini, tapak rumah ini didiami oleh Pak Kob Nyior. Pak Kob Nyior berpindah ke Pahang selepas menjual tapak rumah tersebut kepada Bidah. Didepan rumah Bidah ia-lah rumah Ismail Meksom. Meksom ia-lah anak kepada Pok Kar Dalam Kerawat.Berhadapan dengan rumah Bidah ia-lah rumah Pakwa Latip Makwa Bidah. Di belakang rumah ini ia-lah rumah Umar Romoh. Arah keluar sikit ialah rumah Che Min Minah. Che Min ialah anak tiri Pakda Soh manakala Minah ialah anak kepada Tok Haji Mek Yam, dan adik kepada Lebai Nor. Dihadapannya ialah madrasah Kampung Petanding. Berhampiran madrasah ini ialah simpang jalan ke kampung Ulu Geh. Di simpang ini terdapat rumah Paktengah Deraman anak Tok Mat Sah. Sebelahnya ialah rumah Lah Munah (Munah bercerai dengan Lah dan menikah dengan Mat Zari Paktengah Berahim Chik Mek).Tidak jauh dari situ ialah rumah Tok Lebai (Paktengah) Daud. Tok Lebai Daud ada beberapa anak antaranya ia-lah Dellah, Sanah, Esah dan Kiah. Di sebelah nya ialah rumah Kiah (anak Tok Lebai Daud) Che Hamid. Di hadapan rumah ini ialah rumah Pakda Junuh (Tok Petri) Makda Bidah. Diikuti dengan rumah anaknya Pesah Mamat Tok Mek Ye. Tidak jauh dari situ ialah rumah milik Tok Chik Soh (Tokmandor) Tok Meksom, ia-itu bapa saudara kepada Musa Pe'ah.Arah kebelakangnya rumah Abang Sahak diikuti dengan rumah Pakda Semail Tok Chik Mbong. Pasangan ini ada anak nernama Derih, Seman dan Setajar. Kira-kira 200 meter terdapat pula rumah Muhamad (Bachok). Beliau ada beberapa anak antaranya ialah Mekyah (cantik orangnya), Mahmud, Aminah dan beberapa lagi.Menghala ke Ulu Geh terdapat pula rumah Mak Haji Chik Wa dan anaknya Maksu Dah. Ke dalam lagi ialah rumah Pak Kob Tok Meksom ia-itu ayah kepada Mat Zain bas sekolah. Kira-kira 200 meter dari rumah ini ialah rumah Tok Haji Chik Noh. Haji Chik Noh Ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Mereka ialah Minah, Rohmoh dan Ismail. Minah menikah dengan Stapo manakala Rohmoh menikah dengan anak Stapo iaitu Mamat. Pernikahan Rohmoh dengan Mamat hanya dapat bertahan lebih kurang tiga bulan sahaja. Khabarnya Mamat kini menetap di Kuala Lumpur dan menjadi tukang urut terkenal. Beliau telah hilang penglihatan akibat satu insiden salah sasaran - sila betulkan fakta ini jika saya silap.Tercorot dari kelompok ramai ia-lah rumah Saad. Saya tidak barapa ingat mengenai latar belakang beliau. Dan agak terasing lagi ia-lah rumah Stapo Minah ia-itu anak kepada Haji Tok Chik Nuh. Dan yang paling tercorot sekali terletak di hujung bendang Geh ialah sebuah rumah yang didiami oleh tiga beranak ia-itu Tok Somad, isteri dan seorang anak perempuanya.Kembali semula ke simpang madrasah. Menghala ke Sungai Geh, selepas madrasah ialah rumah Paknik Lah Maksu Baru. Sampai ke parit, terdapat pula rumah Tok Lebar. Belakang rumah Tok Lebar ialah Rimah Pok Chek Temangan. Berdepan dengan rumah Tok Lebar ada satu Lorong menghala ke Bendang Jambu. Melalui lorong itu akan bertemu dengan rumah Chik Mud (Tok Jikir) Nisah. Selepas itu ada pula rumah Pak Merah iaitu bapa kepada Nisah Chik Mud. Kedalam lagi akan bertemu dengan rumah Pak Mat Jikir iaitu bapa Chik Mud Nisah dan juga rumah abangnya bernama Saleh. Sebelum rumah Pak Mat Jikir ini ada sebuah rumah rumah yang dipunyai oleh Tok Mat Sah Tok Chik Ye ia-itu ayah/ibu kepada Paktengah Draman. Dan rumah yang terakhir di lorang ini ialah rumah Li Tok Lembek ia-itu adik kepada Lebai Nor dan abang kepada Imam Saleh.Kembali ke rumah Tok Lebar, di depannya ialah rumah Tok Muji Gemok. Depan rumahnyapula ialah rumah anaknya Sepiah Pak Lah. Arah ke Sungai Geh terdapat pula rumah Pak Su Abas. Pak Su Abas ada anak perempuan bernama Sawiah yang bernikah dengan Mustafa Tok Imam Daud. Berdepan dengan rumah ini ialah rumah Paksu Jusoh Maksu Nab. Paksu Jusoh ada beberapa anak ia-itu Mekyah (amat jelita sekali - bernikah dengan Ibrahim Samsila -,pelakon filem Harimau Berantai) Rusdi, Rumli, Khazanah, Azmi dan Kamil. Dibalakang rumah ini ialah rumah Chik Dris dan rumah Bakar Makelesom. Daripada Sungai Geh hingga ke parit Sekolah, hanya ada dua rumah iaitu rumah Haji Mat dan Rumah Ya Tok Imam iaitu dibucu pagar sekolah. D ihadapan pagar sekolah ada tiga buah kuartes guru didiami oleh Cikgu Mat Raja (Raja Muhamad) , Chikgu Nor dan gurubesar Chikgu Nik Wan. Di belakang sekolah ada empat rumah lagi ia-itu rumah Pok Bosu Hasan, Pak Nik Bakar, Tok Ayoh Somad dan Hawa Hassan Cermin Mata.Menghala ke Dalam Kerawat dari sekolah ialah rumah Paktengah Yaakob Tok Chikmbong. Antara anak mereka ialah Ibrahim dan Ramlah. Ramlah ini famous lah juga ketika itu kerana ditatang sepenuhnya oleh ibunya. Nama timangannya dikalangan kami ialah Maksu Lah dan beliau adalah antara teman rapat dan sahabat karib saya semasa bersama di kampung dahulu dan sekarang ini beliau menetap di Kuala Lumpur - I miss you Maksu!.Sampai di kawasan ini berakhirlah lokasi penempatan dalam kawasan Kampung Petanding. Begitulah susun atur dan jumlah kediaman serta bilangan penduduk secara amnya dalam kampung ini. Ia tidaklah "sesak" sepertimana sekarang ini.